21 March 2010

What make me soo busy this week.....

Hurmmm adakah aku kelihatan seperti gambar di atas sepanjang minggu nie.. Actually aku bukan sahaja ke hulu kehilir membawa kertas malah membawa laptop + note book + others sambil berkaki ayam di dalam opis...

Itu adalah gambaran aku dan belum lagi sibuk mencelah orang bercakap sambil kepala tengah berserabut menyiapkan segala tugasan2 report + email + slide presentation + assist my team with Partner Award Nite...

p/s: Masa tengok review about Arwah Yasmin Ahmad, one of her staff said Yasmin is very simple + workaholic women.. Arwah selalu datang opis pakai baju kurung + berjalan2 tanpa kasut, mean berkaki ayam dalam opis eventhough she is a creative _ _ _ _ _ _ _ _ (sila isi tempat kosong sebab tak ingat post dia kat situ) in the advertising company... How I adore her... ehehe .. Part berkaki ayam tu memang sama.. I'm in baju kurung once or twice in weeks)... Stop dreaming di waktu2 petang Ahad nie yer Cik Fieda ... lalalala

Hokay2 back to the main topic here... Rakan2 seperjuangan + boss aku semua pergi EUT Nova training for 4 days... OMG.. I'm the only one left + my dedicated asisstant a.k.a S.V.P. (Super Vice President==> satu2 jawatan dalam TM khas untuk Kak Im) ...
Then additional 2 person from sales team tarik diri from the training since our + their team were really need them ... Without them I can't imagine how my life will be in the office for the whole weekdays..

Maka secara rasminya Friday is masa untuk mem' free kan diri dikala kerja yang masih banyak.. kalo tak paham sila pahamkan juga sebab aku perlukan ruang2 udara untuk bernafas after Mon-Thur aku bernafas dalam lumpur... huwa gila berdrama ko neh kan..

Hari Jumaat tu jer 3 kali aku pergi ke Bangsar.. amek ko tak sodar2 diri kerja yang menimbun2...



  1. Lepas balik dari follow opismate tengok tempat event utk Partners Award Nite kitorang lepak makan kari kepala ikan kat kedai mamak @ Bangsar.. Adeh mahal sungguh ko.. Sorry kepada peminat or pemakan di kedai mamak because i'm not one of you.. But for me the price is really radiculus.



  2. Sekembalinya ke opis aku teman my opismate ke Bangsar again for lunch + beli cup cake yang sangat sedap + chantek ... Aku cop yang ada nutella.. Hot Choc dia adalah sangat superb + delicious...



  3. After opis hour pergi sekali lagi ke Bangsar untuk misi yang sangat penting.. After spent more than 1 hour in the boutique + try bermacam2 baju which rekomen by juri professional di situ, finally I got one set (baju + seluar + kasut) for Partner award Dinner --> next Tuesday... Price is very affordable... After that all of us had dinner and masa utk balik ke rumah


  4. But before balik rumah aku ada misi yang boleh dikatakan penting juga di tengah malam tu iaitu collect kueh karipap yang memang dah ditempat oleh mak aku di Taman Medan (my auntie's house) + beli lengkuas... Fuh mana pulak nak cari lengkuas malam2 buta nie isk isk.. Then unbelieveble sebab kedai mini market kat rumah aku still buka lagi jam 11.30 malam... Seb baik buka kedai tu kalo tak, pokok lengkuas rumah siapa la aku nak tebas tengah2 malam buta tu..hehehe



Misi semalam pula Attended Nurhidayah Muhd Noor 's wedding + Visit Rozanna Rasul baby gurl + got next wedding invitation's card ( Vio Niza) ... hurmmmm.... By the way wish all of them with a load of congrats from me \(^-^)/

Today's mission lepaking at house for the whole day.. rehat beb... okay bye

14 March 2010

Lepak'ing @ A&W Taman Jaya





A&W Taman Jaya adalah tempat yang best untuk bersantai... Masih gah di situ sejak zaman aku kecil2 hingga kini.. Semasa zaman kanak2 lagi selalu di bawa ke sana, makan sambil bersantai bersama2 keluarga di pusat rekreaksi Taman Jaya.. Actually aku tak berapa ingat tapi selalu diceritakan oleh mak, abah dan juga Pak Cik aku..



Mostly restaurant A&W di tempat lain tidak mendapat sambutan, sebaliknya pula dengan A&W Taman Jaya yang sentiasa happening dan juga di buka 24 hours.. I like \(^-^)/...


Semalam pula seolah2 mengimbau kembali zaman kanak2 kami apabila Pak Cik aku mengajak kami ke sana untuk celebrate bufday his 2nd son yang ke-6..







Bufday Cake + Cup cakes





Our liltle kazen berbaju merah dan sememangnya manja with his mummy. He also refuse to learn Bahasa and claim Bahasa is his third language after English & Mandarin...


So tidak hairanlah kalau dia cakap.. "Kuning di atas meja" atau pun "Kuning di atas pintu".. Maybe apa yang dia cuba maksudkan ialah "Meja berwana kuning" atau pun "Pintu berwarna kuning"... hehe lawak juga...



Selepas sesi makan2 di sana, kami berpecah 1st team balik rumah, 2nd team pergi PPUM and 3rd team destinasi bebas...

So aku berada di team ke-2, melawat Daniel yang dimasukkan ke wad PPUM gara2 deman sawan...




So hari nie Daniel dah boleh discharge from hospital but need to monitor his fever dan juga kerana dia tak mahu minum susu..


Kepada Abg Boboi & Kak Matun semoga tabah dengan segala dugaan..

07 March 2010

Masa berlalu dengan pantas...



Rasa macam tak percaya esok sudah hari Isnin... Minggu yang berlalu begitu sahaja...

Kalau nak diikutkan hari Isnin lepas aku berjaya mencatat rekod melangsaikan hutang2 email + kerja yang bersangkut paut dengannya tepat jam 5.29... satu rekod yang aku sendiri pun seolah2 tak percaya.. Tapi gembira aku hanya sementara sahaja sebab bila aku balik dari toilet ada dua lagi email masuk Inbox... cet...

Keesokkan harinya pula untuk pertama kalinya aku join Hi-tea with partner... kerja banyak gila tak siap lagi... Tapi nak tak nak kena tinggalkan juga sebab sudah pukul 4 dan Hi-tea tu start jam 4 p.m.. Then follow opismate aku dari belakang sebab aku tak tau nak ikut jalan dalam untuk ke OU..hik hik.. lawak gak aku neh... Guess what dalam sibuk2 follow opismate, aku on the phone dengan AGM aku.. agak kritrikal juga sebab hari tu memang semua dok tanya pasal report dari orang HQ sampailah ke PTT... So aku dah tak dapat track opismate aku then aku pun follow sign board .. Magic sket la pula tiba2 bila aku sampai lagi awal dari opismate yang aku dok follow tu..hik hik...

Hari Rabu aku follow dua orang jiran aku secara tak sengaja lunch kat Up Town sebab nak beli cup cakes untuk di bawa kepada team yang bertungkus lumus berkampung di Briekfield... Wah sudah menjadi sesi lawatan sambil belajar ke situ pula sebab memang 1st time aku menjejakkan kaki ke sana... ermmm tengok UAT OIAB ... Bersuka ria pula aku dikala kerja memang menimbun.. En Wahab pula sudah beberapa kali buat inspection sebab WAR room report tak update.. isk isk Finally aku bagitau dia report in progress.. huwa huwa...

Hari Khamis pula aku cuba sedaya upaya untuk melangsaikan segala hutang2 email + kerja + report on that day but not 100%... Sebab pagi tu kena attend meeting requested by AGM direct sales.. apakah?? so aku pun layankan jelah dan bos aku pun join sekali...

Maka semakin bertangguhlah kerja dan konon nak siapkan presentation slide petang tu tapi tiba2 bos aku suruh masuk OIAB produk training... So aku update presentation slide report masa OIAB training... Tetiba aku dikhabarkan tentang sesuatu yang aku sendiri pun terkejut.. Series memang sungguh ku tak sangka..Anyway that good and tak sia2lah aku membuat report presentation tue ... hik hik.. suka pula aku kan..

Finally, hari jumaat segala hutang2 email + kerja aku berjaya dilangsaikan...




Sibuk dok sebut OIAB niekan lupa plak nak bagitau... Actually OIAB tu adalah Office In A Box...Business solution for SME.. Afdlin Shauki jadi duta OIAB nie ada iklan kat TV kalau korang perasan.. Finally semalam OIAB Launch kat Sunway Pyramid....klik di sini So aku pun join sekali even agak lewat.. But dalam sibuk2 kat situ jumpalah ramai orang and guess what aku rasa nak ketuk kepala aku sebanyak 20 kali.. adeh Fieda what you have done... Again I can't believe it.. Fuh.. okaylah tak mau pikir lagi... Bye...

27 February 2010

Kita hanya mampu merancang tapi Tuhan yang merencana ketentuannya

Segala yang berlaku adalah ketetapan dari Allah yang Maha Esa.. Dan setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya walaupun kita sebagai hamba yang lemah tidak dapat melihat dari mata kasar kita..

Apa yang berlaku malam tadi sungguh menduga kesabaran dan ketabahan kami dalam melaksanakan misi yang sememangnya dirancang oleh kami...

Kesilapan yang tidak dapat diterima oleh akal telah dilakukan oleh aku.. Fieda... what you have done.. Sudah dua kali kau telah melakukan kesalahan yang sama.. adeh.. Mahu ku ketuk kepala aku neh sebanyak sepuluh kali...

Setelah strugle dalam hujan lebat, gelap malam dan stress kena marah semua tue, berjayalah menuju ke destinasi.. ermm lambat 15 minit jer pun dari masa yang dirancang tapi mood aku separuh dibawa pergi gara-gara insiden itu...

Episod kedua bermula apabila kesilapan dilakukan oleh Along gara2 terlepas pandang kereta Avanza yang diekori telah masuk ke junction lain... adeh ini lagi teruk bahananya..sebab kali kedua dan semakin stress.. Suasana lebih kurang sama tapi kali ini tidak lagi hujan lebat... Keadaan semakin teruk apabila kami semua stuck di 4 junction USJ/Subang untuk U-turn ke KESAS highway ... Semua traffic light di situ tidak berfungsi dan nak melepasi untuk U-turn memerlukan kesabaran yang cukup tinggi lebih-lebih lagi sudah menjadi macam puzzle di situ. Lama-kelamaan barulah mereka sedar tanpa tolak ansur semua tidak dapat bergerak... Sementara kereta Avanza menunggu dengan penuh kesabaran selepas tol Klang

Langkah2 berjaga telah diambil dengan pertukaran penumpang antara dua kereta dan ketibaan ke tempat destinasi sememangnya lewat dari waktu yang dirancang.. Fuh mencari available seat untuk kami semua adalah sungguh sukar dan akhirnya berjaya dapat tapi jauh dari kipas..

Episod seterusnya seperti menambah bara di atas api apabila Cik adik yang ambil order tak pesan pun drinks untuk kami.. nasib baik 6 biji air kelapa dah sampai.. Kalau tidak memang lagi mebuak2 kemarahan di hati...Panas hati sungguh kerana makanan yang dijangka lambat sampai telah pun sampai tapi minuman masih tidak sampai2 lagi..

Selepas minuman telah pun sampai setelah dikerah berkali2 barulah perjalanan semakin smooth...

Pulang dalam keletihan dan Along pula tertinggal kunci kereta dia dalam kereta aku... Kami semua dah tak larat nak patah balik ke Bukit Jelutong, akhirnya mereka tidur di rumah Pak Cik aku di sana...

Zzzzzzzz..ketiduran kepenatan ...

Keesokan harinya episod itu masih berlarutan dan seperti kata Pak Man the games not over yet.. apabila bateri kereta Avanza Cik Yan pula kong semasa membeli breakfast berhampiran rumah aku.. tapi memang agak bernasib baik sebab memang dekat dengan car workshop...

So plan nak ambil kunci kereta Along yang tertinggal dalam kereta aku berlarutan hingga lunch dan hope sehingga di situ sahaja... setelah dihitung ada 6 insiden tidak diingini berlaku berturut2... Fuh........

p/s: Gambar ada dalam FB Pre & Post Angah's Birthday Celebration

21 February 2010

Movie menarik di hujung minggu.. yeah..

Wah sungguh jarang sekali aku menghupdat tentang filem2 yang ditonton... tapi yang sebenarnya filem-filem itew hanya ditonton di rumah sambil melayan FB, makan2, melipat kain dan sebagainya..adeh terbocor perangai buruk hang neh.. apa pun enjoy watched all the movie during this wiken with Zero Entry Money yang keluar selain bayar bil Astro tiap2 bulan.. barulah berbaloi-baloi kan... hehehe

Movie 1: "Step Up 2 the Streets" >> Release 2008

Review:

Cerita yang berkesinambungan dari Step Up: Save the last Dance.. Suka pula tengok aksi- aksi tarian mereka nie..hehe..

So cerita nie mesti ramai dah tengokkan... Kisahnya tentang Andie yang juga street dancer,seorang gadis yang memberontak dan juga selalu bertengkar dengan penjaganya sejak kematian emaknya. Kemuncak kepada konflik dapat diselamatkan apabila dia diterima masuk ke sebuah sekolah tarian elite sebagai syarat untuk berubah dan supaya tidak dihantar berpindah untuk tinggal bersama makciknya di Texas. Jurang dua dunia yang berbeza antara penari jalanan dan juga penari elit hampir menjerat dirinya dan akhirnya berjaya membuktikan kepada rakan2 lama (street dancer) dan dalam masa yang sama pengetua sekolah dan juga rakan-rakan dari sekolah penari elit tentang kenyataan dunia penari adalah tentang seni tarian itu sendiri dan bukan dikawal oleh emosi dan ego seseorang penari...

More info and pix :http://www.flixster.com/movie/step-up-2-the-streets

Movie 2: "Mama Mia" >> Release 2008

Review:
Musical movie, memang banyak nyanyi.. bercakap sambil menyanyi... So layan juga cerita musical nie sambil2 melayan FB..kalo tak sure terlelap punya..

Movie nie dah lama juga.. Ia mengisahkan seorang ibu tunggal (Donna) yang mengusahakan sebuah hotel secara kecil-kecilan di sebuah pulau- idyllic Greek. Sophie yang merupakan satu-satunya anak perempuannya akan berkahwin. Sempena majlis perkahwinan itu, Sophie secara senyap-senyap telah menjemput 3 orang lelaki yang berkemungkinan adalah bapanya setelah membaca diari emaknya semasa mengandungkannya. Tanpa disangka-sangka ketiga2 lelaki itu datang ke majlis perkahwinan tersebut dan voluture untuk menjadi pengapit Sophie.

Donna pula of courselah berasa sungguh terkejut dan tertanya-tanya bagaimana ketiga-tiga lelaki tersebut (bekas teman lelakinya) boleh berada di pulau itu pada masa yang sama. Kepeningan dua orang anak beranak berterusan hinggalah tiba saat-saat perkahwinan Sophie dimana seorang demi seorang lelaki tersebut tampil menceritakan kisah pertemuan bersama ibu Sophie. Mereka bertiga tidak kisah siapakah bapa sebenar Sophie dan berasa bertuah sekiranya diterima menjadi 1/3 bapa kepada Sophie... Akhirnya Sophie tidak jadi berkahwin kerana impian sebenarnya adalah ingin merantau bersama teman lelaki yang tidak jadi dikahwininya. Kemudian salah seorang dari lelaki tersebut melamar Donna dan mereka berdua terus berkahwin. Akhirnya Donna mendapat kembali hidupnya yang selama ini kesepian demi membesarkan Sophie.

Movie 3: "Make It Happen" >> Release 2008


Okay korang boleh baca sinopsis di bawah nie yang aku copy paste setelah review yang aku dok karang panjang menjela hilang atas sebab kesilapan teknikel..huwa.. mahu menanges nie...penat dok pikir buat karangan tu..isk isk..

Lauryn is a young woman from a small town in Indiana who moves to Chicago with dreams of entering the Chicago School of Music and Dance. But after rejection and a series of misfortunes she finds herself working in a burlesque club. The club proves to be a place of conflict and self-discovery, helping Lauryn to realize that even though plans may change, dreams never do. -

Although Joel - who works as a mechanic in the family garage - is wary of Lauryn's decision to enroll, he eventually gives her his blessing. When Lauryn enters the stage, however, her dance (mostly a hip hop routine) was halted by the judge, who hostilely rejects her, saying that they need to see something more "sensual and feminine".
More kilik sini




Movie 4: "Kembar Siam" >> Release 1989.




Cerita nie pun aku dok layan juga petang tadi. Mula macam tak berminat nak tengok almaklumlah cerita lama, lepas tu aku macam dah melekat pula dekat depan TV sampaikan mak aku suruh beli Mauripan atau juga dikenali sebagai ibu roti pun kemain liatnya nak berganjak..hehe.. Actuali Mauripan untuk untuk dibuat kueh Donut... Memang sedap makan Donut di waktu petang lagi2 dibuat sendiri oleh mak aku..hehe.. bertuah kalo aku yang buatkan..huhu..

So tak perlu review sebab cerita nie sure korang dah tengok banyak kali...

Movie 5: "Burn after reading" >> Release 2008.



Movie yang agak menarik untuk ditonton... Kerumitan yang dicari dan juga dicipta sendiri kerana salah anggap seorang pekerja gym pada file yang kononya dianggap sebagai rahsia sulit kerajaan. Padahal itulah hanyalah karangan Memoir dan juga personal dan financial files milik Osbourne Cox yang merupakan bekas analisis CIA.

Kerakusan ingin mencari duit untuk membiyai perubatan pembedahan kosmetik menyebabkan
Linda Litzke menyalahgunakan fail yang dianggap sulit itu untuk menebus duit tuntutan yang akhirnya mengorbankan nyawa rakan sekerjanya.

Konflik bertambah buruk apabila skandal isteri Osbourne Cox hampir diketahui olehnya dan kerakusan isterinya dalam merebut harta sepencarian mereka dan merancang untuk menceraikan suaminya.

Campur tangan pelbagai pihak lebih merumitkan keadaan dan untuk membaca cerita penuh klik disini

p/s: Esok start keje dan silalah fokus tidak seperti last Friday.. lain yang bos suruh buat, lain pula yang aku buat.. dan juga aku boleh lupa untuk buat tugas hakiki aku setiap hari..
Hoho tapi sempat pula gi lunch kat Midvalley..hehehe..Fuh seb baik bos aku sporting.. kih kih kih