Coretan kisah suka duka kehidupan...Hidup tidak selalu indah tetapi yang indah itu selalu hidup dalam kenangan
26 May 2009
@@ Sebenarnya @@
Hayatilah lagu Sebenarnya dari Yuna yang best nie.. simple but nice.. I like.. he he
Lirik lagu Sebenarnya dari Yuna
Source: http://beautifulnara.com/download-mp3-dan-sebenarnya-lirik-lagu-dan-sebenarnya-from-yuna-yunalis/
oh bulan
jangan layan diriku lagi
pabila,air mata membasahi pipi
dan lagu2 di radio seolah2 memerli aku
pabila,kau bersama yg lain
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
ku enggan
berpura pura ku bahagia
ku enggan
melihat kau bersama si dia
oh ku akui cemburu
telah menular dalam diri
pabila
kau bersama yang lain
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu
kau juga merindui aku
pabila kau merenung matanya
ku rebah,jatuh ke bumi
di saat kau benar-benar mahu pergi
seperti ku bernafas dalam air
adakah perasaaan benci ini sebenarnya cinta
yang masih bersemadi untukmu
dan sebenarya ku mengharapkan
di sebalik senyuman mu itu kau juga merindui aku
oh
p/s: Actually aku tengok video kat atas ni masa pergi client site kat cyber last Friday.. he he.. Sweet jer video nie...
25 May 2009
@@ Program2 Menarik @@
Program menarik di radio IKIM especially weekdays (Mod-Fri) at 6.15 p.m. - 6.55 p.m.
Sambil2 drive mengharung jamm pulang ke rumah, bley release tension disambil menimba ilmu... dan hati pun bertambah tenang.. Insya allah...
Untuk program penuh klik di sini..
Dan program yang nak highlight kat sini adalah seperti berikut...
Cerna Minda Monday 6.15 p.m. - 6.45 p.m
"Cerna Minda" will air live every Monday at 6.15 p.m. for 30 minutes and will be conducted by the Director of IKIM radio. This interactive program will discuss current issues and will entertain responses from the listening public."
Komen aku tentang program ni sangat menarik di mana topik utamanya ialah menjana perubahan diri.. Dan segala perubahan itu dimulakan oleh hati dan juga dikawal oleh minda..
5 jenis minda yang selalu dibincangkan oleh engineer (Director of IKIM radio) dalam rancangan ini ialah:
1) Discipline Mind
Minda yang di bentuk dari disiplin diri untuk melaksanakan sesuatu matlamat... dalam erti kata lain disiplin diperlukan untuk mencapai sesuatu kejayaan...
2) Sentesis Mind
Minda yang menghasilkan result dari proses cantuman sesuatu perbuatan/pekerjaan.. Sesuatu pekerjaan perlukan ujikaji ataupun ekseprimen untuk mendapatkan result yang lebih tepat dan berkesan.. Dan perlu di buat banyak kali.. "Practise make perfect"
3) Cretive Mind
Minda yang creative menjana penemuan/inovasi dalam diri individu, komuniti dan juga negara... Minda perlu kretif untuk explore perkara2 baru... Bersedia untuk adaptasi dengan perubahan...
4) Respectful Mind
Minda yang menghormati orang2 di sekeliling dan cara berkomunikasi dan bergaul dengan orang sekeliling.. Minda yang menghormati orang2 di sekeliling mencetuskan suasana harmoni dan mengelakkan pertelingkahan dan salah faham...
5) Ethical MInd
Minda yang patuh kepada ethic.. Nilai2 murni yang perlu diterapkan di dalam diri untuk melahirkan individu yang cantik dari luar dan dalam... Ethical mind juga menerapkan nilai untuk menpertahankan kebenaran kerana lately jenayah kolar putih sangat berleluasa sebagai contoh rasuah dan sebagainya...
Entry yang pernah ditulis berkaitan progarm ada di sini
Sains dan Al-Quran Tuesday (6.15pm)
The Qur'an and Science" will air every Tuesday at 6.15 p.m. hosted by Prof Madya Dr Arif Kasmo. This program will discuss the miracles of the Qur'an through the lens of science.
Komen tentang program nie sangat bagus untuk mengetahui isi kandungan Al-Quran dan kaitan dengan sains dan kehidupan seharian.. Banyak ilmu yang diperolehi di sini lebih2 lagi untuk mendalami maksud tersirat disebalik ayat2 Al-Quran .. Disamping meperkuatkan ilmu dalam bidang sains dimana semuanya tertulis di dalam Al-Quran.. Wa allahu ' alam..
Rasa Hati Wednesday (6.15)
Rasa Hati" is a talk-show program on the Purification of the Soul , the nature of the heart, illnesses of the heart, and the cure for the heart. This program is conducted by the Director of IKIM radio with an invited guest. This live program will air every Wednesday at 6.15 p.m.
Dalam usrah rasa hati yang juga diperkatakan program terbaik yang pernah diterbitkan oleh radio IKIM.. Sungguh berkesan hingga membuat kita muhasabah diri dan memperbaiki diri...
Program yang sentiasa segar dengan isu yang dibincangkan membuka mata hati untuk mengenal periha rasa hati.. beberapa entri sebelum nie adalah sumber inspirasi dari proram ini sebagai contoh di sini dan juga di sini..
Nota2 untuk tajuk yang telah dibincangkan dalam usrah rasa hati boleh di dapati di sini
Salam Masjid (Thursday 6.15 pm)
Dalam rancangan ni pemanggil di luar sana boleh mewar2kan segala aktiviti di masjid atau kariah masing2 kepada pendengar dan dikongsi maklumat tentang majlis ilmu untuk pengetahuan masyarakat secara umum...
Semoga dengan segala usaha murni oleh semua jentera radio IKIM mendapat berkah dalam setiap ilmu yang disampaikan..
Source: Radio IKIM website & artikel
Wasalam
21 May 2009
@@ Jasamu dikenang @@


Cikgu ni juga yang ajar guna sempoa sampai dia boleh organize pertanding sempoa antara kelas... Masa tu sempat belajar operasi (+) sahaja.. Tapi memang bagus guna sempoa melatih untuk mencongak....
SMKS 18
Puan Noraini..
My lovely teacher yang juga Form teacher masa Form 4 & 5. Even aku kureng berminat subjek dia tapi memang cikgu yang best dan sentiasa dekat dihati pelajar... Sentiasa cuba untuk memahami masalah pelajar2nya especially boys.. Kesian kat Cikgu nie pening kepala dibuatnya... Apa2 pun gerak2 geri kami sentiasa menjadi perhatian dan juga mata2 cikgu2 di sekolah pada masa tu...
(Sila abaikan gambar aku kat sebelah tu yea.. its about 8 years back..
Puan Aishah..Cikgu yang kecil molek seperti gambar di atas mengajar aku subjek Sejarah Form 4 & 5... Cikgu yang suka menyakat aku dan aku pun suka menyakat cikgu nie.. Kesimpulannya saling meyakat lah kitorang nie.. Cikgu yang best dan sumber inspirasi aku untuk belajar sejarah , subjek yang tidak diminati oleh kebanyakan orang tapi aku suka.. Masih ingat dengan kata2 Cikgu nie masa aku jumpa dia sebelum exam SPM.. katanya " Saya nak satu jer.. saya nak awak dapat 1." Maksudnya dia soh aku dapat A1 untuk subjek sejarah tu.. Aku pula sukar nak telan air liur!.. Siap ada hadiah menanti siapa yang dapat A1 untuk subjek Sejarah.. So still ingat lagi kitorang ramai2 dok serbu cikgu nie untuk tuntut hadiah lepas dapat result SPM.. hehe
Ustazah Hafizah
Seperti gambar di atas (belah bawah) guru yang mengajar subjek Pen. Agama Islam dan Bahasa Arab dari form 1 sampai Form 3..
Orangnya manis, tapi awas seorang yang tegas juga.. Sangat dekat dengan pelajar2 dan memahami permasalahan pelajar lagi2 kami yan melangkah ke alam remaja.. hehe
Cikgu ni juga hebat Add math even tak ajar subjek tu pun... Sebabnya pernah sekali tu add math teacher tak ada di bilik guru, aku pergi tanya soalah add math kat Ustazah Hafizah. Dia pun kata dah lama tak buat add math tapi still menolong aku untuk menyelesaikan soalan add math tu.. Then hasilnya superb.. hanya sekali cuba dah dapat selesaikan soalan tu...

Gambar kat atas nie pula antara cikgu yang mengajar aku masa Form 4 & 5.. Yea dari kiri Mrs Chong... Chemistry teacher yang best... Aku minat subjek nie tau... he he
Sebelahnya sapa ekh nama cikgu nie.. series tak ingat.. dia ajar aku subjek bahasa arab masa form 4 & form 5... Nampak ajer kecil molek tapi emm boleh tahan kalo suara nyaring sudah bergema.. hehe
Then diikuti sebelahnya ialah Puan Liew.. Cikgu yang mengajar subjek Fizik.. series aku tak minat subjek nie tapi cikgu masih tetap cool mengajar..
Sebelehnya lagi ialah Puan Rokiah.. Cikgu nie seorang yang lemah lembut... Ibu mithali.. he he.. Beliau ialah Form teacher masa Form 3 dan mengajar subjek Bahasa Melayu masa tu..
Then masa Form 4 & 5 pula mengajar subjek Pendidikan Syariah & As-sunnah..
Ingat lagi aku, wani, isma, ana, zahila, hudam dan beberapa lagi pelajar berkampung kat rumah cikgu nie untuk kenduri kawen die.. yang juga diketuai oleh Puan Akma.. best masa tu jemputan VIP lagi he he...
Last skali ialah Puan Sarzini.. Cikgu Biologi aku.. yea cikgu nie pun cool gak tapi kadang2 bising sebab kitorang malas nak baca buku BIologi.. hehe...
Tidak dilupakan kepada Cikgu mentor ku Puan Adibah yang sangat mengambil berat pasal 3 orang anak angkatnya.. Dengan hadiah2 untuk kitorang antaranya baju, sambal tumis udang... yummy yummy....dan lain2 lagi
KYPM bangi
Masa Matriks pula the only one my favourite teacher/lecture is Puan XXX (tak inagat nama lagi) tapi cikgu nie mengajar subjek Biologi... Aku sangat suka sangat cara cikgu ni mengajar dan kitorang sangat faham tanpa meghafal mekanisme bio dan segala2nya.. Yang penting kena dengar lecture dia dan buat ulang kaji insya allah boleh masuk segala nota2 Biologi dalam kepala.. So yang penting masa tu dia akan ajar kitorang sampai faham tak kiralah berapa kali pun dia perlu ulang... Memang tabik spring... Satu lagi cikgu nie sangat memahami perihal perangai anak2 muridnya... Kata2 yang tak aku lupakan sampai sekarang nie "Kalo nak meniru pun menirulah secara profesional".. ha ha..siapa makan cili dia terasa pedasnya.. ouch ouch...Dan tak dilupakan kepada Puan Rosidah our Mentor for A3 yang best.. kat sini lah aku berjumpe dengan ALL the Songee Gang.. Kalo nak tahu sejarah terbentuknya kumpulan SONGEE klik di sini
Ada ramai lagi cikgu2 yang mengajar tapi inilah antara yang paling berkesan dan masih terpahat diingatan... Terima kasig atas segalanya dan jasa kalian sentiasa di kenang ... Last but not least "Selamat Hari Guru"
p/s: Fuh penat nak membacanya panjang bonar.. Gambar yang aku tempek nie sumuanya scan belaka sebab tu la blur.. maaf yer kepada empunya diri.. .. Masa zaman sekolah dulu mana ada camera digital nie.. semua gambar filem.. cuci sekeping tau.. itulah dia nostalgia lama...
17 May 2009
@@ Tired Day and Dayah Wedding @@
Gambar kat bawah nie masa majlis pernikahan pagi semalam. Jurunikahnya ialah Tuan Guru Dato' Dr. Haron Din .. Tidak ku sangka kawan aku ni anak angkat kepada Dato' Dr. Haron Din ....

Majlis yang simple but very nice and sweet... lagi2 dengan grand opening pasangan pengantin yang berarak dengan paluan kompang dan bunga api... Dan bunga api yang sungguh cantik di kala pengantin sudah menghampiri pintu gerbang... Tapi camera women ( Cik cammy) tak sempat nak snap gambar bunga api disebabkan kedudukan meja kitorang yang jauh dari pintu gerbang tu...

Pasangan pengantin dan pengapit masing-masing.. Dayah yang sungguh berbeza .. series aku hampir tak percaya.. Nie yang wat aku semakin berazam nak berdiet nie... Bak kata cammy dayah selalu gi gym...

Gambar kat bawah nie pula keknya.. very nice and jealous tengok kek dia... Tapi tak ada adegan suap menyuap kek mungkin segan dengan Dato' Dr. Haron Din.. Lagi pun masa wedding tu tak ada bersanding.. just perarakan menyambut pengantin then terus makan kat stage bersama keluarga di kedua2 belah pihak..

Majlis malam tu start dalam pukul 8.45 p.m. dan dalam pukul 9.45 p.m. dah tiba sesi bergambar bersama teman2.. yea gambar kat bawah nie pula sesi bergambar gang songee KYPM bangi (the original)... lela, cam, nad aku dan juga nimi (barisan depan).. Kemudian lela dan Nazi (barisan belakang)... Nar ngan Shima tak dapat datang wedding tapi diorang semua datang masa majlis nikahnya... Semua memberi support kepada Dayah , the first Songee member yang menamatkan zaman bujang... he he..
Credit to Nad' Honey (president and founder of songee group) yang berusaha untuk menyatukan all tha Songee Gang malam tu.. even ada beberapa orang yang tak dapat datang.. Nad juga yang mewar2kan segala info berkaitan majlis Dayah nie....

Sekali lagi bergambar di depan stage... Nazi yang datang bersama cowoknya.. The macho couple bagi aku lah.. kalau ada award the most mocho couple aku rasa diorang yang patut dapat award tu.. hehe ....

Dan nie pula gambar bersama cam yang juga drive pada malam tu.. thanks for the ride last night, cam... Credit to Cam and Nad for the nice picture yang aku tempek kat blog nie...
Kepada Dayah semoga berbahagia bersama pasangan terchenta hingga ke akhir hayat...
Setelah tiba di rumah, aku tengok Konsert Final AF7 even mata nie separuh jer terbuka... he he..
Finally as my expectation (read my last answer : Tag on AF7) , Hafiz be the champion on that night.. Congrats to him for the great job...
@@ Kehilangan @@

Kita selalunya tidak menghargai orang yang selalu bersama dengan kita.. Orang yang sentiasa di depan mata kita.. Sehingga saat dan ketikanya kita kehilangannya...
Di saat itulah aku akan merasakan perasaan sebenar kehilangan seorang teman yang berkongsi kisah suka duka bersama aku.. Teman yang sentiasa menegur kesilapan aku walaupun ia pahit... Teman yang memberi sokongan di kala aku berasa down... Teman inilah juga yang mengisi lohong kosong dalam hidup aku...
Di kala ini hanya kenangan silam yang dapat memberi semangat dan kekuatan.. Ya Allah berikanlah aku kekuatan dan semangat itu...
Pemergian atau perpisahan itu sesuatu yang pahit lebih2 lagi bagi orang yang ditinggalkan akan merasa lebih kehilangan.. Di saat ini perasaan yang dirasai hampir serupa semasa aku Form 4. Masa tu aku mengambil masa selama 3 bulan untuk recover dan membina semangat semula...
Berita yang sungguh mengejutkan dan sungguh pantas seolah2 tidak mempercayainya pada Jumaat lepas.. No other word comes from my mouth except "Oh, my god".
I wish all the best for you..I hope you happy and enjoy at new place. keep in touch with me as well.. I will be gonna miss you a lot.. I can't even control my tears from dropping out when I realised you're not be always in front of me.. As i said to you nobody to ask and nobody to question anymore..
Its very short moment to know you but a lot of issue involved between us. You're my best friend and very good accompany as well.. I know its good for your future and my pray always be with you...
Nurkilan puteri madani